Wahai saudara Muslimin dan Muslimat sekalian. Kita semua adalah bersaudara seperti firman Allah (s.b)” Hanya sanya orang mukmin itu bersaudara”. Oleh itu, nasihat-menasihati antara satu sama lain adalah satu keperluan dan satu ketetapan agama sebagaimana termaktub di dalam hadith Rasullulah yang maksudnya “ Agama itu adalah nasihat”.
Sekarang terdapat mereka yang mengaku diri mereka sebagai orang Islam tetapi mereka melakukan perbuatan yang amat jijik yang boleh mencemarkan imej dan nama baik orang Islam dan menjejaskan keselamatan orang Melayu. Mereka menggunakan keganasan terhadap orang Islam yang bersaudara dengan dakwaan bahawa ia merupakan satu pengorbanan untuk mengembalikan kemerdekaan kepada tanah air. Walhal sepanjang masa ini, kita semua bebas hidup dan mencari makan.
Kita umat Islam berasa amat letih dengan perbuatan mereka ini. Dan kita ingin menasihati mereka serta memberi teguran kepada mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu bukanlah kehendak majoriti orang Islam di sini. Apa yang kebanyakan kita mahu ialah kehidupan yang baik, keamanan dan kebebasan mentadbir diri sendiri. Bukan pemisahan untuk kepentingan dan faedah golongan tertentu sahaja.
Kita berasa amat risau kalau undang-undang darurat dimansuhkan. Kita khuatir kekacauan akan kembali berlaku di sini. Kita berasa takut bahawa kalau undang-undang itu dimansuhkan siapa yang akan menjaga keselamatan saudara kita Muslimin dan Muslimat. Pelbagai kekacauan yang akan berlaku. Kewujudan undang-undang darurat –sekurang-kurangnya- membolehkan orang kampung kaum Muslimin dan Muslimat dapat hidup dengan aman dan terselamat daripada keganasan yang tidak dapat dibendung.
Wahai Muslimin dan Muslimat sekalian,kita -orang kampung biasa yang cintakan keamanan- kita tidak ada senjata untuk mempertahankan diri sendiri kecuali usaha memberi nasihat atas dasar kita semua bersaudara. Tetapi kalau nasihat tidak boleh buat apa-apa maka yakinlah bahawa pihak tentera yang ada senjata sahajalah yang mampu berhadapan dengan keganasan dan kekejaman para penjahat itu.
Kita orang Pattani mahukan keamanan dan keselamatan. Kita mahu merayu supaya semua penjahat itu berhenti melakukan perbuatan jahat mereka terhadap saudara seagama . Tidakkah mereka dengar sabda Rasulullah yang bermaksud “ Orang Muslim itu ialah orang yang orang Muslim lain terselamat daripada tangan dan mulutnya( yakni perbuatan jahat dan perkataan jahat)”.
Kita mahu mencari mereka yang berusaha menghasut dan menjadi batu api supaya berlaku kesalahfahaman di kalangan umat Islam.
Sebenarnya undang-undang darurat itu ada faedahnya. Mereka yang ditangkap, kalau mereka tidak bersalah mereka akan dibebaskan.
Ketahuilah wahai saudara sekalian , jika masih ada pihak yang mendakwa bahawa diri mereka tidak mendapat keadilan daripada sistem keadilan mahkamah Thailand , silalah mereka merujuk kepada keputusan mahkamah Wilayah Pattani yang membebaskan encik Syukri Adam dan encik Ahmad Yaki Kiya daripada tuduhan membunuh dan memancung kepala encik Cuan Thongprakham - orang kampung beragama Buddha di kampung Napradu , daerah Khokpho, wilayah Pattani di mana kejadian ini berlaku pada 8/2/2550. Selain itu, masih kumpulan NGO baik dari dalam dan luar Negara yang sentiasa menuntut keadilan bagi pihak kita –orang Melayu Pattani.
Sistem pengadilan bagi majoriti rakyat adalah perkara yang kita- orang Islam – perlu terima bukan menolak selagi mana masih wujud keadilan. Kalau sesiapa yang merasakan bahawa dirinya tidak mendapat keadilan, dia boleh mengadu masalahnya kepada pihak mahkamah bukannya menggunakan media massa dengan memberikan maklumat yang setengahnya betul dan setengahnya salah untuk menyesatkan orang ramai semata-mata untuk kepentingan tertentu. Wahai saudara Muslimin dan Muslimat sekalian ! adakah anda semua tahu bahawa mereka memperalatkan kanak-kanak dengan menyuruh mereka mengangkat jari tangan untuk menyampai sesuatu makna walhal kanak-kanak itu mungkin tidak mengerti akan perbuatan diri mereka sendiri. Ini adalah perbuatan yang tidak bermaruah dan mencemarkan nama baik kita- majoriti orang Islam.
Maklumat tertentu telah direka-rekakan termasuk cerita penyeksaan sesetengah orang Islam di Negara ini. Sedangkan hal ini jarang sekali berlaku. Dan jika berlaku, ianya sedang dibicara di dalam mahkamah. Oleh itu kalau benar-benar ada kes bahawa orang Islam disiksa dan dianiayai ia perlu dibuktikan dengan jelas bukan sekadar cakap kosong sahaja.
Wahai Muslimin dan Muslimat sekalian, kita orang Islam tidak sukakan keganasan dan kita tidak mahu melihat sebarang kematian lagi baik terhadap orang kampung biasa dan pegawai kerajaan. Ia sangat menyanyatkan hati apabila berlaku kematian tanpa dapat menangkap orang yang melakukan jenayah itu. Semoga Allah (s.b) mengubah hati mereka yang melakukan keganasan dan kemusnahan itu supaya mereka menghentikan perbuatan jahat mereka itu.Ya Allah, tunjukkanlah kami akan jalan yang lurus bukan jalan mereka yang dimurkaiMu dan bukan jalan mereka yang sesat. Semoga keamanan dan kedamaian segera kembali ke tanah Melayu Pattani tercinta kita ini , Insya Allah.
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น