Kejadian rusuhan di dalam penjara di Wilayah Narathiwat telah dipaparkan melalui beberapa media massa sebagai rusuhan yang dilakukan oleh beratus-ratus banduan Melayu ekoran rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak pegawai – yang merupakan unit pencegahan dadah- menggeledah tempat tidur banduan-banduan itu.
Ketika media massa utama melaporkan kejadian itu sebagai hasil ketidakpuasan hati terhadap tindakan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak pegawai untuk mencari dadah, terdapat beberapa buah media yang melaporkan kejadian tersebut dalam nada yang berbeza..
Sebuah media massa bahasa Inggeris dalam Negara Thai telah melaporkan berita rusuhan para banduan itu dengan memetik maklumat yang belum disahkan daripada seorang aktivis Muslim yang menyatakan bahawa punca rusuhan itu tercetus selepas pegawai kerajaan Thai telah menghina agama Islam dengan memijak-mijak al-Quran yang terjatuh di atas lantai. Laporan sebegini boleh menimbulkan rasa salah faham terhadap pegawai kerajaan. Ini merupakan perbuatan melaporkan berita yang belum disaringkan atau diusul periksa. Maklumat yang dikemukakan tidak disertai dengan gambar , klip VDO atau sebarang dokumen pengesahan yang lain. Walhal ia sekadar perkataan daripada seseorang sahaja. Adakah hal ini cukup untuk disebarluaskan untuk pengetahuan orang ramai dalam Negara.
Agama merupakan isu yang sensitive. Ia bersangkut paut dengan pegangan dan kepercayaan seseorang. Oleh itu, tindakan menyiarkan berita yang ada kaitan dengan perbuatan menghina agama lain- walaupun ia mungkin ada unsur benarnya seperti yang didakwakan tetapi jika belum disahkan lagi- adalah tidak akan membawa ke mana-mana dan tidak boleh dipercayai. Ini kerana sesetengah peristiwa mungkin merupakan tektik mainan sesetengah kumpulan yang berniat jahat terhadap Negara, yang mahu mencari peluang untuk menaburkan fitnah bagi memecah-belahkan rakyat Negara ini.
Lantaran itu, media massa perlu dijadikan sebagai alat atau saluran untuk mengetengahkan maklumat dan laporan berita yang akan membawa kepada pembanguan dalam masyarakat bukan sebagai alat untuk membuat kekacauan dalam masyarakat.
Perbuatan menulis berita atau membuat sebarang kesimpulan tergopoh –walhal belum disahkan kebenarannya lagi- boleh dianggap sebagai menyalahi tatalaku media massa yang bertanggajawap terutamanya jika hal yang dilaporkan itu ada kaitan dengan agama. Media massa perlu meneliti terlebih dahulu sebelum menyiarkan berita-berita berkenaan. Jika para pembaca tidak boleh bergantung seratus peratus kepada media massa, mereka mungkin perlu menggunakan pertimbangan diri untuk mengkritik dan menganalisa maklumat yang disebarkan oleh media massa itu sebelum menerima dan mempercayai laporan berita itu. Jika para pembaca budiman ada maklumat yang lebih mendalam daripada apa yang dilaporkan oleh media bahasa Inggeris itu , diharapkan tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat.