วันอังคารที่ 11 ตุลาคม พ.ศ. 2554

Adakah mereka telah berbalah sesame sendiri?

Beberapa hari sebelum ini telah tersiar satu berita mengenai keadaan kumpulan pengganas di tiga wilayah selatan Thailand iaitu mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Encik Yasir Patah yang menetap di Negara Jerman, salah seorang pemimpin utama kumpulan PULO di bahagian Eropah satu kumpulan yang  menentang kerajaan Thailand sejak berpuluh-puluh tahun. Encik Yasir memberitahu bahawa sekarang kumpulan PULO akan menghentikan segala aktivitinya di luar Negara dan akan membawa pulang dua orang pemimpin BRN yang melarikan diri- iaitu Encik Ma sae Useng dan Encik Sapae Basa-ke Thailand untuk menjadi penyelenggara rancangan bersama dengang kerajaan Thailad untuk menghentikan keganasan di selatan Thailand.

          Berita ini sepatutnya mendapat perhentian dan pelbagai kritikan tetapi apa yang berlaku ialah hampir tiada mana-mana media massa yang melaporkan berita itu kecuali dalam beberapa laman web sahaja. Apa yang menarik ialah terjadi pertikaian sengit di dalam laman web iaitu selepas peristiwa itu tidak lama laman web PULO telah menurunkan artikel yang menyerang kerajaan Thailand dan mengkritik Encik Yasir sebagai bukan orang yang diiktiraf oleh kumpulan tersebut.

          Laman web PULO itu menyelar perbuatan Encik Yasir sebagai satu tindakan peribadi dan tidak mendapat restu dan persetujuan daripada anggota kumpulan itu. Ia merupakan satu tindakan yang membelakangkan inspirasi sebenar rakyat Melayu Patani dan  Encik Yasir hanya mahu mendapat habuan daripada kerajaan Thailand semata-mata.

          Baru pusingan pertama , pertempuran pun sudah  rancak. Hasil kenyataan daripada kedua-dua pihak itu boleh dikatakan bahawa ia menunjukkan bahawa perpaduan dalam kumpulan PULO itu kelihatannya semakin bertambah retak setelah sebelum ini pernah terjadi kejadian memutuskan hubungan silaturrahim dengan kumpulan BERSATU . Suara yang berpecah kepada dua kumpulan khususnya dakwaan Encik Yasir bahasa dua pemimpin BRN akan menyerah diri merupakan tamparan hebat kepada kumpulan Encik Kasturi Mahkota yang mendakwa dirinya sebagai timbalan ketua kumpulan PULO dan mengendalikan aktiviti keganasan melebihi 80% di selatan Thailand.

          Ini bukan perkara yang janggal di mana laman web PULO menurunkan makalah mengkritik rakan seperjuangannya sendiri habis-habisan. Ini kerana kalau dibiarkan kebenaran ini diketahui oleh mereka yang sedang giat beroperasi di kawasan selatan Thailand – yang merupakan kumpulan BRN- akan menampakkan PULO sebagai kumpulan yang tidak berpengaruh apa-apa lagi yang hanya mampu bercakap-cakap kosong di laman web sahaja.

          Tidak kira sama ada pihak mana yang benar dan pihak mana yang berdusta, kita perlu mengikuti perkembangan seterusnya. Tetapi apa yang pasti ialah perpaduan kumpulan itu sudah mulai retak dan mungkin tidak lama lagi ia akan pecah dan tidak mungkin kembali menjadi baik seperti dahulu. Bila sampai masa itu, keamanan akan kembali ke kawasan hujung kapak Negara Thailand ini.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น